Followers

Friday, July 8, 2011

Senam Jimat..apakah???


botol mineral Bersenam tanpa mengeluarkan wang

Botol mineral

Isikan dua botol mineral dengan air atau pasir. Menggunakan kedua-dua belah tangan,

genggam botol-botol itu dan angkatkannya seperti anda mengangkatdumbbell. Botol yang

berfungsi sebagai pemberat ini mampu menguatkan lagi otot di bahagian lengan.

Apatah lagi jika senaman ini dilakukan secara kerap dapat menjadikan lengan anda kelihatan

lebih menawan.


pail Bersenam tanpa mengeluarkan wang


Baldi

Baldi sebenarnya boleh digunakan sebagai obstaclesanda. Caranya,

lompat melepasi baldi berkenaan berulang kali. Senaman

ini dapat mengaktifkan otot di bahagian peha dan betis

selain menjadikan kaki lebih toned. Mudah, bukan?

~jgn termasuk dlm baldi suda...hehehe


steps Bersenam tanpa mengeluarkan wang



Tangga

Berlari sambil menaiki dan menuruni anak tangga adalah satu lagi senaman

paling berkesan. Ini kerana otot di seluruh bahagian kaki akan bertambah

kuat selain memecahkan lemak di bahagian punggung. Apabila seluruh badan

bergerak aktif, perjalanan darah juga menjadi lebh lancar. Satu lagi tip, usah

gunakan eskalator ataupun lif untuk ke pejabat sebaliknya gunakan tangga!

~ sampai jer pejabat berpeluh balik...maybe kena bw baju senaman atau pun

deodorent spray

299893 kiki assist daddy Bersenam tanpa mengeluarkan wang

Basuh kereta

Lupakan niat anda untuk membasuh kereta di pusatcarwash. Adalah lebih

baik jika anda membasuh sendiri kereta kesayangan anda. Selain membuatkan

seluruh badan berpeluh, pergerakan aktif ini boleh bertukar sebagai sesi

memanaskan badan sebelum anda membuat senaman yang lebih berat.

Kereta menjadi lebih bersih, anda juga tampil lebih sihat!

~cara ni pernah cuba...mmg memenatkan dan best



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...