Followers

Sunday, March 25, 2012

Pertandingan Fotografi dan Videografi



Tempat : Pengkalan Bird Sanctuary, Alor Gajah ,Melaka

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah datang kat sini ambil gambar burung yang datang dari setiap benua. . . mmg menarik

Thursday, March 15, 2012

Kisah Penghulu Segala Hari

Salam semua. It's been a long time i have not blogging. Saya ni bukan lah blogger tegar sangat. Bila ada sesuatu yang saya rasa hendak saya sampaikan maka saya akan sampaikan.
Jadi ni kisah pasal hari Jumaat. Bukan lah nak bagi khutbah ke apa, tapi adalah perkara-perkara yang remeh nak di kongsi bersama.


Halnya sembahyang diantara dua orang adik ni. Agak-agak dalam lingkungan remaja sekolah. Nak dipendekkan cerita, yang sebelah kiri bau-bau asem boi manakala yang sebelah kanan bila menguap , Ya Ampun memang nak tesedak pun ada. Aduhai. . . memang tak khusyuk solat pakcik ni ( pakcik la kan sebab dah ada 5 anak buah. . . hihihih).


Jadi moral of the story, bila nak masuk masjid tu kena lah titik beratkan soal kebersihan dan kekemasan. Mengenakan pakaian yang bersih dan sopan. Jangan lah pakai baju dari pagi tadi. Pakai wangi-wangi dan jangan lupa mandi. Kalau tidak memang orang nak sembahyang kat sebelah pun serba tak kena.


Jadi tu lah ceritanyer. Bukan lah nak jadi Ustaz Don ke apa kan. Tapi itu semua soal perkara asas yang kita dah belajar masa sekolah. Hah tu lah, masa cikgu ajar dia bercakap, memanglah bila dalam kehidupan harian pun tidak terurus. Mentang-mentang lah cikgu kan, asyik nak membebel jer. Mesti yang ada kata macam itu. 


Bukanlah nak membebel tidak tentu pasal. Tapi bila kita nasihatkan orang dalam masa yang sama juga kita nasihat kan diri kita juga ala falsafah tabligh kan. Masa study dulu orang tabligh datang jer kunci pintu duduk diam-diam. Jadi sekali- sekala nak jugak kan santapan rohani. Barulah balance kan.


baiklah, seksaan jugak kan menulis menggunakan perkataan Bahasa Malaysia penuh. Walaupun ada jugak terselit-selit perkataan BI kat atas tu. Ye lah kan. hari-hari asik bahasa SMS. boleh jadi terbiasa. Masa sekolah dulu pun macam tu. Dah biasa singkatkan YANG jadi YG sampai buat karangan pun macam itu. Lepas tu sibuk nak padam guna pemadam cecair ( betulkah terjemahan ni????). 


Jadi tulah, balik semula ke kisah Jumaat tadi. Bila nak berhadapan denganNYA, jagalah sikit yer kebersihan tu. Kalau pergi shopping lengkangkung lepak bukan main lagi yer. Jumpa awek bukan main lagi dah macam kilang minyak wangi dah. Itulah, enough lah kan. . . harap-harap jelas lah dan sampai-sampaikan lah yer... wassalam..


mood Ustaz~~~~

Wednesday, February 15, 2012

Ikan Paus Besar di Melaka

Assalamualaikum semua, . . terperanjat kot baca tajuk post ni kan

sebenarnya bukan lah ikan paus besar tapi kapal selam lah. Sebab apa saya kat ikan paus kerana bentuknya seakan-akan ikan paus. JAdi enjoy the pics yer.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...